SULIT
1249/1
Sejarah
Kertas 1
1999
1 jam

Maktab Rendah Sains MARA
 
 
 
Peperiksaan Percubaan SPM 1999
 

JANGAN BUKA  KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
 


Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan .  Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-taip soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan dengan kertas jawapan objektif anda.

1.   Orang-orang Paleolitik di Altamira  Sepanyol melukis di dinding gua.
Apakah kaitan lukisan yang terdapat di dinding gua dengan aktiviti harian mereka?

A. Sebagai perangsang untuk mereka keluar berburu.
B. Sebagai pengawal keselamatan ketika mereka berburu.
C. Sebagai kuasa ghaib yang membantu mereka berburu .
D. Sebagai pengawal binatang buruan mereka di hutan.
 

2.   Hammurabi ialah seorang raja  agung yang memerintah Mesopotamia
Apakah sumbangan beliau dari segi undang-undang?

I.    Hukuman dan denda yang berbeza untuk lapisan masyarakat yang berlainan.
II.   Hukuman yang dikenakan kepada seseorang penjenayah adalah setimpal.
III. Undang-undang yang diamalkan berdasarkan contoh dan teladan.
IV. Undang-undang yang diamalkan berdasarkan kepada titah perintah.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
 

3. Pada zaman Dinasti Chou, petani bekerja di sawah-sawah yang kecil dan tidak mengeluarkan hasil tanaman yang mencukupi.
Kesannnya kepada petani ialah

A. Terpaksa menjual tanah-tanah mereka.
B. Terpaksa membesarkan tanah mereka.
C. Terpaksa menjadi golongan artisan.
D. Terpaksa menjadi hamba berhutang.
 

4.    Rom sangat prihatin terhadap taraf kesihatan rakyatnya.
Manakah di antara berikut membuktikan pernyataan ini?

A. Pembinaan Colosseum.
B. Pembinaan Panthenon.
C. Pembinaan Aqua Claudia.
D. Pembinaan Acropolis.
 

Soalan 5 berdasarkan senarai di bawah
 
Asoka 
Confucius
5.   Apakah persamaan di antara kedua-dua tokoh di atas?

A. Pemerintahan berdasarkan falsafah.
B. Pemerintahan berdasarkan legalisme.
C. Pemerintahan berdasarkan teladan.
D. Pemerintahan berdasarkan peperiksaan.
 

Soalan 6 berdasarkan senarai di bawah
 
Analekta 
Rig Veda 
Bible
6.  Apakah persamaan ajaran kitab-kitab di atas?
 
I.  Mempengaruhi dalam kehidupan masyarakat awal.
II.  Mengajar manusia supaya menjadi bijak.
III. Mengatasi masalah-masalah manusia pada zaman dahulu.
IV. Menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
 

7. Sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. masyarakat di Semenanjung Tanah Arab     dikenali sebagai Masyarakat Jahiliyah.
Antara pernyataan berikut, manakah yang benar tentang ciri-ciri masyarakat Jahiliyah?

I. Mempunyai nilai agama dan moral yang rendah, menyembah berhala dan berpegang kepada kepercayaan animisme.
II. Mengamalkan riba, judi, minum arak dan berzina serta memandang rendah terhadap kaum wanita.
III. Mempunyai sistem pentadbiran yang teratur dan mementingkan fahaman asabiyah.
IV. Mempunyai masyarakatnya buta huruf dan melakukan penindasan serta eksploitasi oleh golongan yang kuat terhadap yang lemah.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
 

8.   Hajar Aswad  ialah batu suci yang diletakkan di salah satu penjuru Kaabah.
Peristiwa meletakkan semula batu tersebut di suatu penjuru setelah beralih tempat membuktikan…

A. Masyarakat Arab mementingkan semangat asabiyah.
B. Masyarakat Arab sukar menyelesaikan masalah.
C. Masyarakat Arab mempercayai keperibadian Rasulullah.
D. Masyarakat Arab mementingkan hubungan kekeluargaan.
 

9. Majlis Tahkim yang memihak kepada Muawiyah telah diadakan setelah tamat Perang Siffin. Akibatnya tentera Khalifah Ali k.w. telah berpecah kepada dua iaitu puak Khawarij dan puak Syiah.
Akibat penting dari peristiwa ini dalam sejarah Islam ialah

A. berakhirnya zaman gemilang pemerintahan puak Khawarij.
B. berakhirnya pemerintahan Khalifah-Khalifah al-Rasyidin.
C. bermulanya Kerajaan Bani Umaiyah di bawah Muawiyah.
D. bermulanya perpecahan umat Islam kepada pelbagai mazhab.
 

10.  Abdul Malik bin Marwan di anggap sebagai “Pengasas Kedua Kerajaan Bani Umaiyah”
 Mengapakah beliau di anggap sedemikian?

A. Berjaya membina semula kerajaan setelah mengalami keruntuhan.
B. Berjaya menyelamatkan kerajaan daripada jatuh ke tangan Abbasiyyah.
C. Berjaya mewujudkan satu sistem pemerintahan yang adil dan stabil.
D. Berjaya mengubah sistem perlantikan khalifah dari syura ke warisan.
 

11. Sicily, Sepanyol, Portugal dan Selatan Perancis dianggap sebagai “jambatan” yang menghubungkan tamadun Islam dengan tamadun Eropah.
Ini adalah kerana…

A. Para pelajar dari seluruh dunia datang menuntut ilmu di sini.
B. Para Mudejars memindahkan ilmu pengetahuan Islam di sini.
C. Para pedagang, intelek dan tokoh agama sering berulang-alik.
D. Para penulis banyak menghasilkan karya dan kajian  di sini.
 

Soalan 12 berdasarkan senarai di bawah
 
Fibonancci 
Master Jacob 
Roger Bacon
 12. Tokoh-tokoh di atas telah terpengaruh dengan teori-teori

I. Al-Farabi.
II. Al-Khwarizmi.
III. Al-Kindi.
IV. Al-Battani.
 
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
 

Soalan 13 berdasarkan pernyataan di bawah
 
Pada tahun 1600 terdapat sebuah kerajaan Islam di Pattani yang diperintah oleh seorang raja perempuan.
13. Pernyataan yang benar tentang kerajaan di atas ialah

I. Chaw Sri Bangsa ialah orang Pattani pertama memeluk Islam.
II. Syeikh Said dari Pasai telah mengislamkan Raja Pattani.
III. Sultan Muhammad Syah ialah nama Islam Phaya Tu Nakpa.
IV. Sultan Mangigin adalah sultannya yang terakhir.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV.
 

14. Dalam sistem feudal, Raja berkongsi kuasa dengan golongan bangsawan tetapi sering berlaku penentangan golongan bangsawan terhadap raja.
Mengapakah terjadinya keadaan sedemikian?

A. Raja cuba memutuskan hubungan vassal dengan istana.
B. Raja cuba mengambil  wilayah golongan bangsawan.
C. Raja cuba mengurangkan kuasa golongan bangsawan.
D. Raja cuba menarik balik taraf kebangsawanan mereka.
 

15. Pada penghujung Zaman Pertengahan di Eropah, berlaku beberapa perubahan dalam bidang ekonomi.
Apakah perubahan-perubahan tersebut?

I. Wujudnya pertumbuhan institusi kewangan.
II. Wujudnya pertambahan pengeluaran hasil makanan.
III. Wujudnya perkembangan dalam bidang perdagangan.
IV. Wujudnya golongan pedagang dan pemodal.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
 

Soalan 16 berdasarkan pernyataan di bawah.
 
Aliran pemikiran yang meletakkan manusia sebagai subjek dan penentu dalam perkembangan hidupnya dikenali sebagai "humanisme".
16. Apakah kesan-kesan penting "Humanisme" terhadap sejarah peradaban manusia?

I. Pencapaian dalam bidang kesenian, seni arca dan seni bina.
II. Pencapaian dalam bidang ilmu pengetahuan dan keagamaan.
III. Melahirkan masyarakat kelas menengah yang pandai membaca.
IV. Melahirkan tokoh sasterawan seperti Machiavelli dan Erasmus.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
 

17. Perkembangan universiti sebagai institusi pendidikan di Eropah telah meningkatkan perkembangan ilmu pengetahuan.
Kesan terpenting daripada perkembangan tersebut ialah

A. Masyarakat Eropah mula percaya dan yakin kepada kemampuan dan kebolehan diri sendiri.
B. Masyarakat Eropah mempunyai semangat inkuiri dan menggunakan daya intelek yang tinggi.
C. Masyarakat Eropah berani mempersoalkan kepercayaan, cara pemikiran lama dan menghadapi cabaran.
D. Masyarakat Eropah mengalami perubahan sikap yang melahirkan Rennaisance dan Reformation.
 

18. Selepas pertengahan kurun ke 16, kegiatan penerokaan orang Inggeris ke seberang laut meningkat semula.
Bagaimanakah cara orang Inggeris menjayakan usaha mereka?

I. Menyerang Belanda di Hindia Timur.
II. Membentuk angkatan laut yang kuat.
III. Membentuk Syarikat Hindia Timur Inggeris.
IV. Membuka koloni-koloni di Amerika Utara.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
 

19. Pada tahun 1857, orang Jepun mula merasa curiga  dengan kehadiran orang Portugis.
Apakah kesan daripada perasaan curiga tersebut?

A. Jepun bimbang Portugis membekalkan senjata api kepada musuhnya..
B. Jepun mengharamkan aktiviti-aktiviti mubaligh di seluruh negaranya.
C. Jepun memutuskan hubungan perdagangan dengan menutup pelabuhannya.
D. Jepun menjalankan dasar pemencilan terhadap semua kuasa Eropah.
 

20. Parlimen Inggeris telah meluluskan akta pemagaran tanah  menjelang pertengahan kurun ke 18.
Apakah kesan wujudnya akta pemagaran tanah kepada petani di Britain?

      A. Bermulanya kenaikan harga tanah  pertanian di Britain.
      B. Bermulanya penjualan tanah petani kepada golongan kaya.
      C. Bermulanya pemilikan tanah lebih luas kepada petani.
      D. Bermulanya pemberontakan petani terhadap tuan-tuan tanah.
 

21. Revolusi Pertanian telah memberi sumbangan yang penting kepada pencetusan Revolusi Perindustrian di Britain.
Manakah antara berikut merupakan sumbangan Revolusi Pertanian?

I. Rakyat Britain bersikap positif menerima idea baru.
II. Rakyat Britain berhijrah ke bandar dan menjadi buruh.
III. Sebagai pemangkin untuk membina sistem perhubungan.
IV. Sebagai modal untuk membangunkan perindustrian..

A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
 

Soalan 22 berdasarkan rajah di bawah
 
Raja James II     ---------    Bill Of Right
22.  Rajah di atas menunjukkan perkaitan di antara James II dan Bill Of  Rights.
Antara berikut, pernyataan manakah yang tepat menggambarkan perkaitan di atas ?

A. Bill of Rights berjaya menghadkan kekuasaan Raja James II.
B. Bill of Rights  diluluskan semasa pemerintahan Raja James II.
C. Bill of Rights digubal kesan daripada tindakan Raja James II.
D. Bill of Rights membolehkan Mary II menggantikan Raja James II.
 

23.  Selepas kejatuhan  Bastille 1789, revolusi telah merebak ke desa.
Apakah tindakan semerta yang telah dilakukan oleh golongan petani?

A. Para petani memansuhkan segala bentuk perjanjian.
B. Para petani tidak lagi membayar cukai kepada gereja.
C. Para petani menyebarkan revolusi ke seluruh Eropah.
D. Para petani  mengambil alih tanah kepunyaan gereja.
 

Soalan 24 berdasarkan pernyataan di bawah
 
The Thirteenth Amendment 1865
24. Apakah kesan daripada penggubalan akta di atas?

I. Pemilik hamba abdi tidak mendapat bayaran ganti rugi.
II. Orang kulit hitam di Amerika mempunyai hak yang lebih luas.
III. Kelas bawahan kian terbela dari segi ekonomi dan politik.
IV. Hamba di seluruh dunia telah dibebaskan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
 

25. Liberalisme mensyaratkan beberapa perkara yang menjadi amalan pendokong idea ini.
Antaranya ialah:

I. Kuasa raja mestilah dibatasi oleh perlembagaan negara.
II. Kerajaan campurtangan secara aktif bagi memperbaiki golongan pekerja.
III. Individu dalam masyarakat diberi hak bersuara dan berpolitik
IV. Perlembagaan negara ditentukan oleh Parlimen.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C.  I, III dan IV
D. II, III dan IV
 

26. Pada bulan Februari 1917 Tzar Rusia memansuhkan parlimen dan menubuhkan kerajaan sementara Liberal tetapi gagal.
Mengapakah kerajaan sementara tersebut gagal?

A. Kerana berlaku krisis ekonomi berterusan.
B. Kerana berlaku pemogokan dan pengangguran.
C. Kerana berlaku peristiwa rampasan kuasa.
D. Kerana Parti Bolshevik enggan turut serta.
 

27. Terkecuali Habsyah, seluruh benua Afrika sangat mudah dikuasai oleh imperialis Barat.
Mengapakah  terjadinya keadaan sedemikian?

A. Benua Afrika mempunyai penduduk yang ramai.
B. Benua Afrika merupakan pasaran yang luas.
C. Benua Afrika kurang maju berbanding negara Asia.
D. Benua Afrika tiada pengkalan tentera yang kuat.
 

28. Kemajuan teknologi yang dipunyai oleh kuasa Barat telah memudahkan penguasaan mereka ke atas Asia Tenggara.
Antara berikut, manakah faktor-faktor lain yang membantu penguasaan mereka?

I. Pembesar setempat yang tidak bersatu padu.
II. Pemimpin Asia Tenggara tidak peka tentang dunia luar.
III. Penduduk setempat tidak mampu mempertahankan kawasannya.
IV. Pemimpin imperialis terlalu yakin dengan kekuatan mereka.

A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. I, II dan IV
 

29. Kedatangan Barat telah menyebabkan berlakunya berbagai perubahan di Asia Tenggara.
Apakah perubahan yang paling penting?

A. Berlakunya perkembangan infrastruktur.
B. Berlakunya perkembangan ekonomi laissez-faire.
C. Berlakunya pertambahan jumlah penduduk.
D. Berlakunya pembentukan masyarakat majmuk.
 

Soalan 30 berdasarkan maklumat di bawah.
 
Pengenalan Perubatan Moden
30. Berdasarkan maklumat di atas, apakah rasional British memperkenalkan perubatan moden di tanah jajahannya di Asia Tenggara?

I. Membolehkan tanah-tanah pertanian dibuka.
II. Membolehkan   perkembangan sistem pengangkutan.
III. Membolehkan penyakit merebak dikawal.
IV. Membolehkan institut perubatan dibuka.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. II dan IV
 

Soalan 31 berdasarkan jadual di bawah
 
Imperialis
Negara
Bahan 
Britain
Amerika Syarikat
Belanda
Tanah Melayu 
Filipina
Indonesia
Bijih Timah  
Kopra 
Petroleum
31. Berdasarkan jadual, pilih pernyataan tepat yang menggambarkan kesan kegiatan imperialis.
I. Kekayaan Asia Tenggara menentukan kemajuan dan kemakmuran dunia.
II. Ekonomi Asia Tenggara mempengaruhi sistem perdagangan antarabangsa.
III. Sistem perdagangan antarabangsa mempengaruhi ekonomi Asia Tenggara.
IV. Kemakmuran dunia mempengaruhi kemakmuran Asia Tenggara.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. II dan IV
 

Soalan 32 berdasarkan jadual di bawah
 
Eunos Abdullah
Kesatuan Melayu Singapura  1926
32. Berdasarkan jadual, apakah kesan langsung daripada penubuhan kesatuan tersebut?

A. Wujudnya beberapa kesatuan Melayu di beberapa negeri Melayu.
B. Wujudnya perpaduan dikalangan orang Melayu di negeri-negeri Melayu.
C. Wujudnya akhbar-akhbar yang memperjuangkan hak orang Melayu.
D. Wujudnya kesedaran perjuangan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
 

Soalan 33 berdasarkan jadual di bawah
 
Filipina
(Pergerakan Dakyah)
Vietnam
(Phan Chau)
33. Apakah persamaan perjuangan kedua-dua pergerakan di atas?

A. Bekerjasama dengan pemerintah.
B. Bekerjasama dengan Jepun.
C. Bergerak secara sulit.
D. Bergerak secara terbuka.
 

Soalan 34 berdasarkan jadual di bawah
 
  • Pasaran Saham Amerika jatuh.
  • “The Great Slump”.
  • Tertubuhnya agensi-agensi antarabangsa.
34. Kenyataan di atas  berkaitan dengan zaman kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 hingga 1930an.

Apakah pengajaran yang boleh kita perolehi daripada kenyataan tersebut?

I Mempunyai hubungan ekonomi yang lebih luas.
II Mempelbagaikan aktiviti ekonomi negara kita.
III Menjalin hubungan erat dengan satu kuasa besar dunia.
IV Melibatkan diri secara aktif dalam pertubuhan dunia.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
 

Soalan 35 berdasarkan pernyataan di bawah.
 
Perang Dunia Pertama
35. Berdasarkan kenyataan di atas, apakah kesan Perang Dunia Pertama ke atas benua
Asia?

I. Pengaruh semangat kebangsaan kuat.
II. Pengaruh komunisme semakin kuat.
III. Tenggelamnya kapal perang Emden.
IV. Terkorbannya  banyak nyawa dan harta.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. II dan IV
 

Soalan 36 berdasarkan pernyataan di bawah.
 
Sebelum tamat Perang Dunia Kedua, tanda-tanda kurang 
percaya dan persaingan timbul di antara pihak Britain dan Rusia 
36. Apakah peristiwa yang menunjukkan perkaitan  dengan pernyataan di atas?

A. Britain menganggap dirinya sebagai jaguh demokrasi dan mengamalkan hak asasi.
B. Rusia menganggap kebajikan masyarakat dicapai dengan memiliknegarakan harta.
C. Tentera kuasa Barat dihantar ke rantau Balkan untuk membebaskan kawasan tersebut.
D. Tentera Rusia dihantar ke Vietnam Utara untuk berperang dengan Vietnam Selatan
 

37. Sebaik sahaja Perang Dunia Kedua tamat, proses kebijajahan masih berlanjutan.
Antara berikut pernyataan manakah yang membuktikan berlakunya proses di atas?

I. Peperangan Dien Bien Phu.
II. Perpecahan Vietnam Utara dan Vietnam Selatan.
III. Pemberontakan Mau Mau.
IV. Penentangan terhadap Malayan Union.
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
 

Soalan 38 berdasarkan senatrai di bawah.
 
NATO
SEATO
38. Kedua-dua pakatan di atas merupakan pakatan tentera.
Antara berikut, manakah pernyataan yang menunjukkan persamaan antara kedua-duanya?

A. Kedua-dua pertubuhan dianggotai oleh negara ahli yang sama.
B. Kedua-dua pertubuhan menghadapi kemungkinan serangan kilat.
C. Kedua-dua pertubuhan cuba membendung pengaruh komunis.
D. Kedua-dua pertubuhan mengambil pendirian berkecuali.
 

Soalan 39 berdasarkan pernyataan di bawah.
 
Persidangan
Perdamaian Vienna
1815
Perjanjian
Versailles
1919
39. Apakah perkaitan antara kedua-dua perjanjian di atas?.

A. Untuk menyelesaikan permusuhan di antara Jerman dengan Perancis.
B. Untuk menentukan sempadan di antara negara-negara Eropah.
C. Untuk membincangkan masalah politik dan mencegah peperangan.
D. Untuk mengeratkan hubungan ekonomi antara negara-negara Eropah.
 

Soalan 40 berdasarkan kenyataan di bawah
 
MAPHILINDO
1963
40. Mengapakah pertubuhan di atas gagal memainkan peranannya?

A. Kerana Malaysia meminta bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
B. Kerana ASEAN di bentuk dan mengambil alih peranan MAPHILINDO.
C. Kerana Filipina enggan bekerjasama serta menuntut hak di negeri Sabah.
D. Kerana Indonesia menentang dan membantah pembentukan Malaysia.