SULIT
1249/2
Sejarah
Kertas 2
1999
2 jam

Maktab Rendah Sains MARA
 
 
 
Peperiksaan Percubaan SPM 1999
 

JANGAN BUKA  KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

 

 
Bahagian A
(Sejarah Malaysia)
Jawab mana-mana tiga soalan
 

1. Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, negeri-negeri Melayu telah pun membuat hubungan politik dan ekonomi dengan masyarakat luar.

(a) Jelaskan bentuk-bentuk hubungan luar negeri-negeri Melayu sebelum dan selepas tahun 1511.

[15markah]
(b) Bagaimanakah perhubungan ini menguntungkan Melaka?
[10markah]
 

2.   (a)  Walaupun British mendakwa campurtangan secara rasmi di Tanah Melayu bermula pada tahun 1874, tetapi sebenarnya mereka telahpun melibatkan diri dalam hal ehwal tempatan sejak pertengahan kurun ke-18.

Buktikan peristiwa-peristiwa yang menunjukkan campurtangan Inggeris secara tidak langsung di Tanah Melayu sebelum tahun 1874 itu.

[10 markah]
(b) Pendudukan Inggeris di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu telah membawa beberapa perubahan.

Terangkan perubahan-perubahan yang dilakukan oleh Inggeris di Kelantan ATAU Terengganu.

[8 markah]
 

(c) Semasa menduduki Melaka selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Syarikat Hindia Inggeris telah campurtangan di Naning.

Apakah tindakan Inggeris untuk memasukkan Naning dalam pentadbiran Melaka serta reaksi pembesar Naning terhadap campurtangan tersebut?.

[7 markah]
 

3. Awal abad ke 20 telah memperlihatkan perkembangan di dalam sistem pengangkutan di Tanah Melayu
 
(a) Huraikan perkembangan sistem pengangkutan dari tahun 1911 – 1923.

[15markah]
 

(b) Jelaskan kepentingan sistem pengangkutan ke atas perkembangan bandar-bandar di Tanah Melayu.

[10 markah]
 
 

4. (a) Johor merupakan negeri Melayu pertama yang mempunyai perlembagaan bertulis.
 
Jelaskan ciri-ciri Undang-Undang Tubuh Johor 1895.

[8 markah]
(b) Perlembagaan ialah undang-undang dasar yang menentukan bentuk bagaimana sesebuah kerajaan memerintah.
Jelaskan pembahagian kuasa yang telah ditetapkan dalam perlembagaan.
 [9 markah]
(c) Mahkamah merupakan lambang keadilan bagi sesebuah negara demokrasi.
Nyatakan bidang kuasa yang telah diperuntukkan oleh perlembagaan kepada Mahkamah.
[8 markah]
 

5. (a) Keadaan ekonomi negara kita sewaktu mencapai kemerdekaan adalah tidak seimbang antara sektor ekonomi di luar bandar dengan di bandar.
 
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan keadaan ekonomi negara kita yang diwarisi sebelum mencapai kemerdekaan.

[10 markah]
 
(b) Mulai tahun 1970, kerajaan Malaysia telah melaksanakan rancangan pembangunan negara dengan menyusun dasar yang dinamakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Apakah strategi-strategi DEB?

[9 markah]
(c) Apakah usaha-usaha Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memajukan masyarakat bumiputera?
[6 markah]
 

6.
(a) “Air dicincang tidak akan putus”. Berdasarkan peribahasa ini, huraikan hubungan  Malaysia dengan Indonesia dari tahun 1957 hingga tahun 1970.

[10 markah]
(b) Bincangkan usaha dan peranan Malaysia dalam menghadapi cabaran masa depan dunia antarabangsa dari segi sosio-ekonomi.
[15 markah]
 
 
 
Bahagian  B
(Sejarah Peradaban Dunia)
 
Jawab satu  soalan sahaja
 

7. Dalam sistem feudal aspek yang penting ialah perjanjian antara pemimpin dan vassalnya.

(a) Terangkan susun lapis masyarakat feudal di Eropah.

[8 markah]
(b) Jika anda seorang serf dalam masyarakat feudal  di Eropah, nyatakan tugas-tugas anda dan ganjaran yang  diperolehi.
[10 markah]
(c) Bandingkan Zaman Gelap dalam masyarakat Eropah dengan Zaman Jahiliyah masyarakat Arab.
[7 markah]
 
 

8. Imperialisme ialah kegiatan sesebuah negara untuk meluaskan wilayahnya dengan menguasai dan menjajah negara-negara lain.

(a) Bagaimanakah  Revolusi Perindustrian mempengaruhi aktiviti imperialis Barat?

[8 markah]
(b) Sejauh manakah perubahan-perubahan dalam bidang sosial dan ekonomi di Asia Tenggara yang dibawa oleh kuasa imperialis Barat memberi manfaat kepada penduduk setempat?
[12 markah]
(c) Pada pendapat anda adakah imperialisme itu satu bencana atau rahmat?
[5 markah]