SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
PANDUAN MENJAWAB SOALAN
SEJARAH

Kertas 1249/1

SOALAN OBJEKTIF

1.    Mengandungi 40 soalan objektif.
        -Keseluruhan soalan dipetik daripada 6 bab, Buku Sejarah Dunia Tingkatan 4.
        -Jumlah soalan dari setiap bab adalah seperti contoh berikut:
 

BAB
1997
1998
6
7 soalan 
6 soalan 
6 soalan
6 soalan
8 soalan
7 soalan
7 soalan
7 soalan
6 soalan
7 soalan
6 soalan
7 soalan
 
           -Purata ialah 7 soalan daripada setiap bab.

2.        Pelajar mesti membaca kesemua bab 1 hingga bab 6 dan menguasai setiap topik yang terkandung untuk memperolehi markah yang cemerlang.

3.        Peruntukan masa yang diberi hanya 1 Jam.
            -Purata bagi setiap satu soalan ialah 1 1/2 minit sahaja.

4.        Soalan objektif ini berbentuk aneka pilihan biasa dan aneka pilihan pelengkap.
            -Purata jumlah soalan aneka pilihan biasa ialah 21 - 26 soalan.
            -Purata jumlah soalan aneka pilihan pelengkap ialah 14 - 19 soalan.

5.        Susunan soalan aneka pilihan biasa dan aneka pilihan pelengkap bercampur aduk.
            (tidak seperti soalan PMR iaitu di bahagian akhir soalan sahaja).

6.        Pelajar mesti membaca soalan dengan teliti, lihat jawapan yang diberikan.  Baca soalan sekali lagi, kali ini barulah membuat analisa dan memilih jawapan yang tepat.
            -Pilihan jawapan pertama anda selalunya berkemungkinan betul.
            -Walau bagaimana pun semakan jawapan adalah perlu dilakukan.

7.        Cara memilih jawapan terdapat dua kaedah yang berkesan:
            -Sekiranya soalan itu mudah seperti soalan berbentuk direct, terus cari jawapan yang betul.
            -Sekiranya soalan itu indirect dan perlukan pemikiran yang tinggi, tandakan jawapan yang salah dahulu, ini bererti yang tidak ditanda itulah jawapan yang betul.

8.        Untuk mencari jawapan bagi soalan aneka pilihan pelengkap cara yang paling berkesan dan cepat ialah dengan mengesan jawapan yang salah, seterusnya lihat pelengkap yang diberikan, sekiranya jawapan salah itu tidak terdapat dalam pelengkap berkenaan bererti itulah jawapan yang betul.

9.        Soalan aras tinggi mempunyai jawapan yang hampir-hampir sama dan seolah-olah kesemuanya betul.  Sebab itulah pelajar perlu memahami konteks atau isu yang ingin ditanya dalam soalan berkenaan dengan cara mengenal pasti dan faham terhadap konsep-konsep penting sejarah.

10.       Sekiranya soalan berkenaan sukar dijawab, tinggalkan dahulu dan jawab soalan-soalan yang lain.  Tuhan mengurniakan kita pemikiran yang unik, selalunya idea boleh datang sewaktu menjawab soalan yang lain, diwaktu itulah kita boleh kembali kepada soalan yang ditinggalkan tadi.  Sekiranya idea tidak datang juga sehingga waktu hampir tamat, jawapan mesti diberikan juga berdasarkan yang paling tepat.  Harus diingat,  jangan ada soalan yang tidak berjawab, kerana markah tidak akan ditolak dari jawapan yang salah.
 
 

Kertas 1249/2

SOALAN ESEI

1.        Kertas 2 mengandungi 8 soalan jenis eseiBahagian A mengandungi 6 soalan daripada buku Sejarah Malaysia Tingkatan 5 dan Bahagian B, mengandungi 2 soalan daripada buku Sejarah Peradaban Dunia Tingkatan 4.  Selalunya terdapat soalan pecahan (a), (b) dan (c) atau (a), (b) i, ii dan sebagainya dari setiap soalan.  Pelajar wajib menjawab 3 soalan daripada bahagian A dan 1 soalan daripada bahagian B.

2.        Baca semua soalan dengan tenang dan berhati-hati, cuba bayangkan jawapan bagi setiap soalan.  Pilih 4 soalan yang anda mampu menjawab dengan baik.

3.        Dengan sekali lalu buat draf kasar keempat-empat soalan yang anda akan jawab.

4.        Lihat baki masa yang tinggal (112 minit) bagi sama rata untuk 4 soalan = 28 minit.

5.        Terdapat soalan yang dimulakan dengan pernyataan kemudian diikuti dengan soalan-soalan kecil.  Pelajar mesti menjawab kesemua sekali soalan-soalan berkenaan.  Sila perhatikan peruntukan markah yang diberikan.  Berikan tumpuan lebih kepada markah yang besar.  Pembahagian masa juga mesti dilakukan berdasarkan jumlah peruntukan markah.  Baca dengan teliti pernyataan yang diberi.  Tujuan pernyataan ialah sebagai panduan kepada pelajar mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku atau tempoh masa sesuatu peristiwa atau nama tempat dan tokoh yang terlibat dan sebagainya.

6.        Pilih soalan yang dianggap mudah dan paling anda mahir untuk dijawab dahulu.  Sila tuliskan nombor soalan dan pecahan soalan tepi disebelah kiri.  Jangan salin soalan dalam kertas jawapan.

7.        Balik kepada soalan pertama yang anda akan jawab, baca semula soalan dengan teliti dan buat draf terperinci jawapan yang dikehendaki. Kira semula baki masa yang tinggal (purata masa yang tinggal ialah 25 minit untuk menjawab satu soalan).

8.        Pelajar hendaklah menjawab terus kepada isi-isi, subjek ini tidak memerlukan pendahuluan dan kesimpulan atau penutup.  Pastikan anda membuat perenggan-perenggan.  Setiap isi yang berlaianan mesti dimulakan dalam perenggan baru.

9.        Setiap masa perhatikan semula soalan dan pastikan jawapan adalan relevan dengan kehendak soalan.  Perhatiakan juga masa yang tinggal.

10.         Sekiranya sewaktu anda sedang menjawab, tiba-tiba mendapat ilham/idea untuk isi-isi bagi soalan-soalan yang sama atau soalan yang lain, berhenti menjawab dan segera catatkan isi berkenaan pada draf kasar soalan berkenaan, kemudian sambung semula jawapan tadi.

11.        Peruntukan sedikit masa untuk menyemak jawapan yang tertinggal dan buatlah tambahan yang patut.

12.        Catatan pemeriksa:

                a.        kabur                         -    jawapan yang mengelirukan.
                b.        tidak diperlukan       -    jawapan tidak menepati skema jawapan.
                c.        tidak diterima           -    jawapan terkeluar daripada skop tajuk.
                d.        ulangan                     -    fakta berulang.
                e.        keluar dari soalan    -    jawapan tidak menepati kehendak soalan.
 

 

KELEMAHAN-KELEMAHAN CALON YANG SERING BERLAKU

1.        Isi tidak mencukupi.

2.        Jawapan bercelaru.

3.        Ayat berbunga-bunga dan berbelit-belit.

4.        Tidak membuat huraian dan contoh.

5.        Menggunakan huruf singkat seperti yg. dgn. dsb, dll.

6.        Jawapan tidak seimbang dengan peruntukan markah.

7.        Tulisan sukar dibaca.

8.        Memulakan jawapan dengan pendahuluan dan ada kesimpulan.

9.        Jawapan terlalu ringkas.

10.        Tidak ada perenggan.

 

ANALISA KERTAS SOALAN SPM 1993-1998
 
SEJARAH MALAYSIA
KERTAS 2
 
BAB
TAJUK
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1
TAAT
1
-
1
-
1
1
2
WKM
1
1
1
1
1
1
3
MCB
1
1
3
1
1
-
4
PEM
-
1
-
2
1
2
5
PBNMB
1
1
-
1
1
-
6
PUK
1
1
1
-
-
1
7
MDHAB
1
1
-
1
1
1
 
SEJARAH PERADABAN DUNIA
KERTAS 2
 
BAB
TAJUK
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1
TAM
-
-
-
-
-
-
2
IMTM
-
1
1
-
-
1
3
PMEDK
-
-
-
1
1
-
4
RFBKM
1
-
-
1
-
1
5
ZIBDRMS
-
1
1
-
1
-
6
PDKMAB
1
-
-
-
1
-
 
 
 
ISTILAH-ISTILAH DALAM SOALAN SEJARAH

SPM 1993 - 1998
 
PERTANYAAN
PERSOALAN
Apakah ...

(memberi penerangan sesuatu peristiwa secara langsung dan menyeluruh)

-pengaruh 
-kelemahan 
-tindakan 
-maksud 
-yang dimaksudkan 
-pembaharuan 
-peranan 
-faktor-faktor 
-sumbangan 
-pentingnya 
-reaksi 
-muslihat 
-matlamat 
-hasil 
-yang anda faham 
-kesan-kesan 
-ciri-ciri 
-ciri persamaan 
-langkah-langkah yang diambil oleh 
-yang diperjuangkan oleh
Nyatakan ...

(nyatakan isi jawapan dengan jelas dengan memberi penerangan secara langsung)

-usaha-usaha 
-sumbangan 
-perkara-perkara 
-kesan-kesan 
-perubahan-perubahan 
-kegiatan utama 
-tema-tema 
-faedah
Jelaskan ...

(memberi penerangan tentang sesuatu peristiwa)

- ...? 
-bagaimana 
-mengapa 
-tentang perkembangan 
-perubahan-perubahan 
-kesan 
-matlamat 
-sumbangan 
-maksud 
-sistem pentadbiran
Terangkan ...

(memberi penerangan tentang sesuatu peristiwa)

-usaha-usaha 
-mengapa 
-perkara-perkara
Bagaimanakah ...

(menunjukkan cara atau langkah-langkah sesuatu peristiwa berlaku, sehinga wujudnya peristiwa yang lain)

-kegiatan ekonomi 
-perlantikan 
-kerajaan mengatasi 
-agama Islam berkembang
Mengapakah ...

(berikan alasan dan sebab sesuatu peristiwa)

- ... bimbangkan 
- ... dianggap 
-timbulnya keadaan 
-berlakunya
Huraikan ...

(menerangkan segala aspek atau butir-butir tentang sesuatu perkara dan berikan komen anda)

-bagaimana 
-usaha-usaha 
-tindakan 
-faktor-faktor 
-tentang 
-kesan kejatuhan 
-bidang kuasa 
-tugas-tugas 
-peranan 
-kesan pengaruh 
-cara 
-pengaruh 
-perubahan-perubahan 
-perjuangan 
-proses 
-bagaimana peristiwa ... 
-... bagaimana mempengaruhi 
-langkah-langkah 
-mengapa 
-manfaat 
-faedah 
-perkembangan tersebut 
-sejarah perkembangan 
-aktiviti 
-tujuan penubuhan 
-teori dan pendapat
Sejauh manakah ...

(kemukakan semua aspek, kebaikan dan keburukan, positif dan negatif, kejayaan dan kegagalan, ia sebenarnya menguji kefahaman pelajar secara menyeluruh)

- ... dapat kekalkan 
- ... berjaya 
-faktor ekonomi mendorong
Pada pendapat anda ...
Pada pandangan anda ...

(kemukakan pandangan berasaskan bukti, pastikan pendapat anda sentiasa dalam topik yang dikehendaki)

-mengapakah 
-apakah kesan
 
 

RUNGUTAN PELAJAR TERHADAP SEJARAH
SATU TINJAUAN UMUM
 

1.        Terlampau banyak fakta
2.        Susah mengingati fakta
3.        Buku teks terlalu tebal
4.        Sukar untuk konsentrasi
5.        Tidak tahu tajuk yang penting
6.        Tidak tahu isi penting
7.        Selalu terlupa fakta
8.        Merasa sentiasa tidak cukup persediaan
9.        Tidak tahu cara belajar yang betul
10.       Malas untuk berfikir secara mendalam dan terperinci
11.       Banyak perkara baru dan asing
12.       Buku teks sukar difahami
13.       Isi buku teks tak cukup (dalam buku lain lebih banyak)
14.       Banyak kerja lain, tiada masa untuk sejarah
15.       Dalam jadual waktu terlalu sedikit masa pertemuan seminggu
16.       Malas untuk membaca
 
 

 

KAEDAH PEMBELAJARAN DAN MEMBUAT NOTA SEJARAH YANG MENARIK
SATU CADANGAN
 

1.        KAEDAH MIND MAP / PETA MINDA
            -rajah sistem saraf otak
            -awan larat
            -rajah aliran anak sungai
            -pokok dan ranting
            -rajah tulang ikan

2.        KAEDAH FLOW CHART / CARTA ALIRAN
            -mengikut urutan peristiwa berserta tindakbalas

3.        KAEDAH CARTA GARIS MASA
            -peristiwa mengikut garis masa

4.        KAEDAH KAD IMBAS
            -nota padat dan ringkas di atas kad kecil ( 1/2 saiz poket)

5.        KAEDAH MNEMONIK
            -membentuk huruf singkat daripada kata kunci / key words.
            -mengubah nombor-nombor  menjadi huruf, contoh: 1-s, 2-d, 3-t, 4-m, 5-l, 6-n, 7-j, 8-p, 9-b, 0-k.

6.        KAEDAH KONSEP / ISTILAH
            -menyenaraikan konsep atau istilah dan mencari makna sebenar.

7.        KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF
            -setiap ahli menjadi pakar dalam satu bab dan bekerjasama dengan ahli lain untuk menguasai bab-bab yang lainnya.
 
 

TAJUK PENTING UNTUK SPM
BUKAN RAMALAN