MAKTAB RENDAH SAINS MARA
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2000
SEJARAH
KERTAS 2
Dua jam
©2000 Hak Cipta Bahagian Pelajaran Menengah, MARA
Kertas soalan ini mengandungi lapan soalan.
Jawab tiga
soalan dari Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B
Bahagian A
(Sejarah Malaysia)
Jawab mana-mana tiga soalan
1. a. Anda adalah seorang Raja Muda dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Sebagai seorang bakal sultan, anda sangat mengharapkan pertabalan anda
akan diakhiri dengan seruan “Daulat Tuanku” Mengapa?
(10 markah)
b. (i) Kesultanan Melayu Melaka mempuyai
hubungan dengan negeri-negeri luar dalam berbagai-bagai bentuk. Jelaskan?
(ii) Mengapakah hubungan luar sekarang berbeza
dengan Zaman Kesultanan Melayu Melaka?
(15 markah)
2. a.
Merujuk kepada carta di atas bagaimana Portugis telah menggugat kuasa
politik dan ekonomi tempatan.
(15 markah)
b. Pendudukan Inggeris di Melaka telah
menggugat kedudukan Dol Said di Naning. Jelaskan.
(10 markah)
3.
a. Tanah Melayu telah mempunyai sistem rangkaian jalan
perhubungan yang baik sejak awal abad ke 20. Buktikan.
(13 markah)
b.
Perkembangan ekonomi telah mendorong pertumbuhan bandar-bandar
baru. Jelaskan.
(12 markah)
4. a. Apakah asas dalam
pembentukan negara Malaysia.
(10 markah)
b. (i) Ada
kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu telah berjaya sebagai negeri Melayu yang moden
sebelum dikuasai oleh British. Buktikan.
(ii) Nyatakan ciri-ciri Perlembagaan Johor yang dikuatkuaskan
mulai tahun 1895?
(15 markah)
5. a. “Di mana bumi dipijak di situ
langit dijunjung”.
Sebagai rakyat Malaysia bagaimanakah anda boleh
mengamalkan peribahasa di atas dalam kehidupan seharian ?
(13 markah)
b. Mengapakah Penyata Razak 1956
dijadikan asas kepada Sistem Pelajaran Kebangsaan ?
(12 markah)
6. a. Berdasarkan contoh yang sesuai,
jelaskan peranan Wisma Putra.
(5 markah)
b. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai
tunjukkan bagaimana Malaysia berperanan sebagai pendesak dan pengaman
dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(10 markah)
c. Sejauh manakah Sukan Komanwel pada tahun
1998 telah membawa kebaikan kepada Malaysia
(10 markah)
Bahagian B
(Sejarah Peradaban Dunia)
Jawab satu soalan
sahaja
7. Peta di atas menunjukkan aktiviti pelayaran orang Eropah Barat pada
abad ke 15 dan 16.
a. Jelaskan faktor-faktor yang
menjadi daya penggerak pelayaran tersebut ?
(10 markah)
b. (i) Apakah peranan Paus Gereja
Katolik terhadap aktiviti pelayaran di atas.
(ii) Orang-orang Eropah Barat berjaya menguasai beberapa
kawasan sepanjang pelayaran mereka. Buktikan?
(15
markah)
8. a. Mengapakah Jepun mengambil keputusan untuk
melibatkan diri dalam Perang Dunia II pada 7 Disember 1941
(8 markah)
b. Apakah yang anda faham dengan
konsep “Dominion-dominion Putih” ?
( 5 markah)
c. Anda diminta menyampaikan sebuah
ucapan yang bertajuk “halangan- halangan utama yang terpaksa dihadapi oleh
Negara-Negara Selatan dan langkah-langkah mengatasinya”. Tuliskan teks ucapan
anda.
(12 markah)
KERTAS SOALAN
TAMAT