Jawab mana-mana tiga soalan
1. (a) Jelaskan faktor-faktor yang menjadikan Lembah Bujang sebagai pusat tumpuan pedagang di Asia Tenggara pada kurun ke 7 Masihi.
(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan kepentingan monumen kepada kerajaan awal di Asia Tenggara.
(c) Huraikan peranan bahasa Sanskrit dalam kerajaan-kerajaan awal Asia Tenggara
2. Negeri-negeri Melayu telah mengadakan hubungan ekonomi dan politik dengan negeri-negeri luar sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Hubungan luar tersebut telah diteruskan oleh negeri-negeri warisan Kesultanan Melayu Melaka selepas itu.
(a) Apakah kepentingan hubungan luar kepada sesebuah kerajaan?
(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan bentuk-bentuk hubungan luar semasa Kesultanan Melayu Melaka.
(c) Nyatakan kesan hubungan negeri-negeri Melayu Johor, Perak dan Selangor dengan Bugis sehingga tahun 1750an.
3. (a) Huraikan tindakan-tindakan Portugis yang telah menyebabkan kemerosotan perdagangan Melaka pada kurun ke 16.
(b) Apakah pengubahsuaian pentadbiran yang telah dilaksanakan oleh Portugis di Melaka.
4. (a) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah British membina jalan raya dan keretapi di Tanah Melayu pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20?
(b) Nyatakan masalah-masalah kesihatan dan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dan pihak swasta ke arah meningkatkan taraf kesihatan penduduk Tanah Melayu pada awal kurun ke 20.
5. (a) Bagaimanakah Rukun Negara dapat menjamin kesejahteraan dalam kehidupan seharian?
(b) Jelaskan kepentingan pendidikan dalam pembangunan negara kita.
6. Dasar luar Malaysia menghormati dan menegakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
(a) Huraikan faktor-faktor yang dipertimbangkan dalam menentukan dasar luar negara sehingga tahun 1968.
Jawab satu soalan sahaja
7. (a)
i. Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Gelap di Eropah?
ii. Terangkan keadaan hidup masyarakat Eropah dari segi ekonomi dan politik pada zaman tersebut.
(b) Galurkan usaha-usaha Belanda membina empayar pada kurun ke 17.
8. (a) Nyatakan ciri-ciri Negara-negara Selatan.
(b) Jelaskan bentuk-bentuk tekanan Negara Utara ke atas Negara-negara Selatan.
(c) Bagaimanakah Bank Dunia membantu pembangunan Negara-negara Selatan?