1249/1
Sejarah
Kertas
1
September
1996
1 jam
SULIT
Tiap-tiap
soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan terbaik
bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan dengan kertas jawapan
objektif anda.
1 Salah satu unsur ketamadunan yang penting ialah perkampungan berubah menjadi negara kota.
Apakah punca yang membawa kepada
perubahan tersebut?
A Berlakunya pertambahan penduduk
yang begitu pesat
B Aktiviti masyarakat berubah daripada
menjalankan aktiviti pertanian kepada perindustrian
C Wujudnya pusat-pusat beribadat
yang menjadi tumpuan ramai
D Pertumbuhan yang pesat dalam bidang
pertanian dan perniagaan
2 Kota Harappa dan Mohenjo-Daro merupakan satu bukti kebijaksanaan manusia dalam tamadun awal.
Antara berikut manakah faktor yang
menyokong pernyataan di atas?
I Merupakan kota yang pertama dibina
menggunakan simen dan batu-bata serta benteng untuk menahan banjir.
II Mempunyai gedung-gedung, dewan
orang ramai dan kedai-kedai
III Merupakan bandar terancang dengan
wujudnya sistem jalan dan perparitan yang sistematik.
IV Menyediakan kubu perlindungan
bagi penduduk di sekitarnya untuk berlindung jika diserang musuh.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
3 Peperiksaan awam Cina melibatkan beberapa ujian di peringkat daerah, wilayah dan negara. Peperiksaan ini adalah untuk memilih calon sebagai pegawai kerajaan.
Diantara berikut yang manakah merupakan
ciri-ciri peperiksaan awam Cina?
I Di peringkat wilayah diadakan
tiga tahun sekali
II Di peringkat negara dijalankan
di hadapan maharaja Cina
III Umur calon adalah dihadkan
IV Peperiksaan dijalankan selama
lima hari berturut-turut
A I dan II
B I dan
IV
C II dan III
D III dan IV
4 Orang Tasaday yang ditemui di Filipina, membuat pakaian mereka daripada akar dan daun-daun orkid, mereka tidak mempunyai tulisan atau sebarang sistem untuk mengetahui masa atau mengira.
Mengapakah orang Tasaday terpisah
daripada kehidupan moden dan dunia luar?
A Bilangan mereka amat kecil
jumlahnya iaitu seramai 24 orang sahaja
B Mereka berpegang teguh kepada
amalan dan pesanan nenek moyang mereka
C Mereka bermimpi bahawa sesiapa
yang meninggalkan gua itu akan ditimpa malapetaka
D Mereka lebih selesa tinggal di
gua-gua daripada menghadapi cabaran kehidupan moden
5 Bangunan-bangunan seperti Colosseum di Rom, piramid di Mesir dan Tembok Besar di China membuktikan
A Kerajinan manusia pada zaman tamadun
awal
B Kekuatan dan kekuasaan raja-raja
zaman tamadun awal
C Kesanggupan manusia zaman awal
berkorban untuk kepentingan negara
D Kemahiran kejuruteraan manusia
zaman tamadun awal
6 Agama Islam mengandungi dua aspek penting iaitu akidah dan syariah.
Apakah yang dimaksudkan dengan akidah
dalam ajaran agama Islam?
A Undang-undang dan hukum berdasarkan
al-Quran
B Kepercayaan manusia terhadap keesaan
Allah s.w.t.
C Perbuatan atau kelakuan Nabi Muhammad
s.a.w. yang perlu dicontohi
D Kepercayaan terhadap hari kiamat
dan hari pembalasan
7 Kerajaan Abbasiyyah diasaskan pada tahun 750 Masihi / 132 Hijrah melalui suatu revolusi yang dipanggil Revolusi Abbasiyyah.
Antara berikut pernyataan manakah
yang berkaitan dengan revolusi tersebut?
I Mendapat bantuan daripada puak
Syiah
II Kufah dan Khurasan dijadikan
pusat gerakan revolusi
III Abu Jaafar al-Mansur mengetuai
gerakan revolusi
IV Revolusi ini pada mulanya bergerak
secara sulit
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan
IV
8 Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun dikenali sebagai Zaman Keemasan kerajaan Abbasiyyah.
Mengapakah zaman ini dianggap zaman
keemasan?
A Berjaya meluaskan empayar Islam
sehingga ke Eropah Timur
B Mempunyai pemimpin yang
cekap mengatur strategi peperangan
C Berjaya meluaskan pengaruh Islam
hingga ke negara India dan China
D Kegiatan ilmu pengetahuan berkembang
luas melalui penulisan dan penterjemahan
9 Kematian Khalifah Ali k.w. menandakan berakhirnya pemerintahan Khalifah-khalifah al-Rasyidin dan bermulanya kerajaan Bani Umaiyyah. Peristiwa ini juga telah membawa perubahan terhadap cara pemilihan Khalifah.
Apakah perubahan tersebut?
A Daripada cara baiah kepada cara
musyawarah
B Daripada sistem warisan kepada
sistem syura
C Daripada sistem syura kepada sistem
warisan
D Daripada cara baiah kepada sistem
syura
10 Khalifah bermaksud pengganti iaitu gelaran yang disandang oleh ketua negara Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Antara berikut manakah tugas-tugas
khalifah?
I Memerintah dan mentadbir negara
dengan penuh tanggungjawab dan keadilan
II Mempunyai pemikiran yang tajam,
bijak mentadbir serta berani dan warak
III Mempertahankan kesucian agama
Islam supaya tidak tercemar
IV Melaksanakan tanggungjawab dengan
betul dan sempurna berlandaskan hukum syariah
A I, II dan
III
B I, II dan
IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
11 Kedatangan Islam telah banyak membawa perubahan kepada masyarakat tempatan di Melaka.
Antara berikut manakah perubahan
tersebut?
I Sistem pondok menjadi institusi
pendidikan yang penting
II Rakyat jelata mula mendapat pendidikan
III Undang-undang syariah mula diamalkan
IV Melahirkan semangat jihad menentang
penjajah Barat
A I, II dan
III
B I, II dan
III
C I, III dan IV
D II, III dan IV
12 Kebanyakan orientalis mentakrifkan hijrah sebagai melarikan diri apabila Nabi Muhammad s.a.w. bersama 200 orang sahabat telah berpindah ke Yathrib.
Mengapakah kita menolak takrifan
tersebut?
A Atas jemputan dan persetujuan
penduduk Yathrib
B Nama Baginda sudah terkenal dikalangan
penduduk Yathrib
C Terdapat ramai kaum keluarga dan
sahabat Baginda di Yathrib
D Terdapat ramai pengikut Baginda
yang tinggal di Yathrib
13 Batu Bersurat yang ditemui di Sungai Tersat, Kampung Buluh, Terengganu telah dijadikan salah satu asas teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
Penemuan ini membuktikan teori
A Kedatangan Islam ke Asia Tenggara
dari India melalui Cambay
B Kedatangan Islam ke Asia Tenggara
dari negara China melalui Canton dan Hainan
C Kedatangan Islam ke Asia Tenggara
menerusi pedagang-pedagang Gujerat
D Kedatangan Islam ke Asia Tenggara
secara langsung dari negara Arab
14 Di Zaman Gelap, Eropah sering menghadapi perpecahan politik. Tetapi perubahan ekonomi yang berlaku pada penghujung Zaman Pertengahan menyebabkan pergeseran dikalangan orang Eropah mulai reda.
Mengapakah keadaan sedemikian
berlaku?
I Mereka memberi perhatian kepada
Perang Salib
II Pembukaan lombong emas di Afrika
Utara
III Pelepasan harta dan kekayaan
gereja
IV Golongan serf tidak lagi terikat
dengan tuan tanah
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
15 Orang Eropah telah menjelajah ke benua Asia mulai kurun ke 15 kerana terdapatnya punca barangan seperti rempah dan sutera yang mendapat pasaran baik di Eropah.
Apakah kesan daripada penjelajahan
tersebut?
A Berjaya mencari pasaran
bagi barang-barang keluaran Eropah
B Berjaya memecahkan monopoli perdagangan
orang Islam
C Berjaya menemui jalan laut yang
baru ke Asia
D Berjaya menyebarkan agama Kristian
dan kebudayaan Eropah ke Timur
16 Gerakan pembaharuan agama muncul
sebagai satu lagi kesan daripada semangat inkuiri yang sedang berkembang.
Disamping itu, gerakan ini mempercepat lagi proses penolakan
banyak unsur tradisi dan unsur-unsur lama.
Pernyataan di atas merujuk kepada
A Zaman Gelap
B Zaman Renaissance
C Zaman Reformation
D Zaman Penjelajahan
17 Struktur masyarakat feudal di Eropah mempunyai persamaan dengan struktur masyarakat Melayu tradisional.
Antara berikut manakah ciri-ciri
persamaan tersebut?
I Susun lapis masyarakat berbentuk
piramid
II Mengamalkan sistem mengerah tenaga
rakyat
III Rakyat memberi taat setia sepenuhnya
kepada pemimpin
IV Raja juga berperanan sebagai
ketua agama
A I, II
dan III
B I, II
dan IV
C I, III dan
IV
D II, III dan
IV
18 Apabila berakhir Zaman Gelap telah muncul sekumpulan beberapa orang raja yang dikenali sebagai golongan Monarki Baru.
Apakah perubahan politik yang dilakukan
oleh golongan ini untuk mengukuhkan kuasa mereka?
A Melantik golongan pentadbir yang
dibayar gaji
B Membina angkatan tentera untuk
memperluaskan kuasa
C Golongan bangsawan diberi kuasa
untuk memungut cukai
D Golongan bangsawan dilantik sebagai
pentadbir
19 Renaissance bermaksud pemulihan dan merujuk kepada pemulihan budaya yang bermula dari pertengahan kurun ke-14 hingga pertengahan kurun ke-16.
Antara berikut apakah perubahan yang
berlaku pada zaman tersebut?
I Melahirkan ramai golongan intelek
II Melahirkan ideologi bercorak
demokrasi
III Semangat inkuiri meningkat dikalangan
orang Eropah
IV Lebih menumpukan terhadap perkara
duniawi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan
IV
20 Menjelang kurun ke-15, orang Eropah mula menjalankan penjelajahan ke benua Asia kerana benua ini dianggap kaya, aneh dan penuh misteri.
Antara berikut manakah faktor pendorong
penjelajahan dan penerokaan orang-orang Eropah?
I Keadaan politik yang stabil
II Ekonomi yang bertambah maju
III Kesan daripada Revolusi Perindustrian
IV Semangat inkuiri masyarakat Eropah
A I, II
dan III
B I, II
dan IV
C I, III dan
IV
D II, III dan
IV
21 Montesquieu merupakan pemikir Perancis yang berjaya mempengaruhi bentuk perlembagaan Amerika melalui karyanya yang berjodol 'The Spirit of Law' .
Apakah idea yang disarankan didalam
karya tersebut?
A Menekankan prinsip pembahagian
kuasa antara institusi-institusi kerajaan
B Pemerintahan autokratik perlu
diganti dengan sistem raja berperlembagaan
C Keunggulan suara rakyat bagi menjamin
kesejahteraan masyarakat
D Harta yang dimiliki oleh setiap
individu mestilah dihormati
22 'Zaman Pemerintahan Ganas' telah berlaku di Perancis semasa pemerintahan kumpulan Jacobin yang dipimpin oleh Maximilien Robespierre.
Mengapakah zaman tersebut digelar
demikian?
I Pemerintahan bercorak diktator
II Pembunuhan dilakukan secara sewenang-wenang
III Hukuman dijatuhkan
tanpa perbicaraan
IV Antara 30 ribu hingga 40 ribu
nyawa golongan atasan telah terkorban
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
23 Dalam revolusi-revolusi 1848 salah satu ideologi yang memainkan peranan penting ialah Liberalisme.
Apakah yang dituntut oleh pendokong
Liberalisme di Perancis?
I Pilihanraya yang adil
II Kebebasan berpolitik
III Memperjuangkan kepentingan kelas
menengah
IV Persamaan disisi undang-undang
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
24 Walaupun Lenin menganggap dirinya sebagai pengikut Karl Marx, tetapi beliau telah mengubahsuaikan teori Marx.
Apakah pendapat yang dikemukakan
oleh Lenin?
I Ekonomi menjadi landasan untuk
mencetuskan revolusi
II Revolusi yang berlaku mempunyai
kaitan dengan perkembangan politik
III Revolusi patut dikendalikan
oleh golongan pekerja atau proletariat
IV Golongan pekerja perlukan pemimpin
yang tidak semestinya daripada golongan pekerja
A I dan II
B I dan
III
C II dan III
D II dan IV
25 Kejatuhan Bastille tidak dapat dilupakan oleh rakyat Perancis sehingga kini. Hari Kebangsaan Perancis yang dirayakan pada setiap tahun adalah sempena mengingati peristiwa tersebut.
Apakah kesan utama daripada peristiwa
tersebut?
A Perancis mencapai kemerdekaan
apabila pemerintahan ganas tamat
B Memberi semangat dan sumber inspirasi
kepada para pendokong revolusi
C Kumpulan Jacobin berjaya memerintah
Perancis melalui cara revolusi
D Menandakan tamatnya Revolusi Perancis
setelah Raja Louis XVI digilotin
26 Di England, corak pemerintahan beraja mutlak mula terjejas pada kurun ke-17 apabila tercetusnya Revolusi Inggeris dalam tahun 1688.
Apakah kesan utama revolusi tersebut?
A Sistem pemerintahan beraja mutlak
terhapus
B Terbentuk pemerintahan bercorak
tentera atau diktator
C Wujud pemerintahan yang berasaskan
Parlimen
D Sistem pentadbiran dikuasai oleh
golongan bawahan
27 Menjelang pertengahan kurun ke-18, Parlimen Britain telah meluluskan Akta Pemagaran Tanah bagi membolehkan tuan tanah memagar tanah untuk kegunaan sendiri.
Apakah kesan positif akta tersebut?
A Petani kecil berpeluang memiliki
tanah yang lebih luas
B Teknik pertanian moden diperkenalkan
C Petani dapat memasarkan hasil
dengan lebih cepat
D Pelbagai jenis tanaman telah diperkenalkan
28 Gerakan nasionalisme yang muncul di Asia Tenggara walaupun berbeza dari segi bentuk dan haluan, tetapi pada dasarnya mempunyai banyak persamaan.
Antara berikut apakah ciri-ciri persamaan
tersebut?
I Menentang penjajah Barat secara
revolusi
II Dipimpin oleh golongan kelas
menengah yang berpendidikan tinggi
III Lebih mengutamakan isu
kebudayaan dan agama
IV Mementingkan kesedaran politik
daripada tindakan politik
A I, II
dan III
B I, II
dan IV
C I, III dan
IV
D II, III dan
IV
29 Pihak penjajah Inggeris tidak
mewujudkan satu sistem persekolahan tunggal untuk semua rakyat. Sekolah-sekolah
tradisional dan sekolah vernakular dibenarkan berkembang secara berasingan.
Apakah kesan yang timbul akibat
daripada dasar tersebut?
I Pelajar sekolah vernakular gagal
mendapatkan pekerjaan dalam dunia ekonomi moden
II Golongan berpendidikan Barat
mendewa-dewakan dan mengagungkan Barat
III Golongan berpendidikan Barat
memandang hina dan kolot terhadap kebudayaan dan adat resam mereka sendiri
IV Mencetuskan perbalahan dan pergaduhan
antara ketiga-tiga kaum yang terbesar di Tanah Melayu
A I, II dan
III
B I, II
dan IV
C I, III dan
IV
D II, III dan
IV
30 Walaupun penggunaan wang bukanlah perkara baru di Asia Tenggara tetapi penggunaannya menjadi lebih ketara dan meluas menjelang kurun ke-19.
Apakah kesan ekonomi wang ke atas
penduduk setempat?
I Timbul pergantungan terhadap harga
pasaran
II Pendapatan petani semakin bertambah
baik
III Peranan peminjam wang menjadi
penting dalam kehidupan petani
IV Petani mula menyewakan tanah
mereka kepada pendatang asing
A I dan
II
B I dan
III
C II dan III
D II dan IV
31 Perancis tertarik kepada Vietnam kerana ingin menembusi pasaran negara China melalui wilayah Tonkin ataupun melalui Sungai Mekong.
Apakah alasan yang digunakan oleh
Perancis untuk menguasai Vietnam?
A Berlakunya perang saudara diantara
Vietnam Utara dengan Vietnam Selatan
B Vietnam mengamalkan dasar tutup
pintu daripada pengaruh pedagang Barat
C Vietnam menyekat jalan perdagangan
ke China melalui Sungai Mekong
D Kerajaan Vietnam menindas penganut
agama Kristian dan mubaligh Perancis
32 Di Filipina, salah sebuah parti nasionalis yang terkenal ialah Katipunan.
Apakah matlamat perjuangan Katipunan?
A Mengusir penjajah dengan cara
revolusi
B Bekerjasama dengan pihak penjajah
C Pemulihan agama Kristian dan kebudayaan
Filipina
D Mencapai kemerdekaan melalui usaha
rundingan
33 Ancaman terhadap negara Thai semakin ketara apabila British dan Perancis bersaing untuk merebut tanah jajahan di Asia Tenggara. Untuk mengelakkan peperangan kedua-dua kuasa bersetuju menandatangani satu perjanjian sulit pada tahun 1895.
Apakah persetujuan yang dicapai dalam
perjanjian tersebut yang berkaitan dengan negara Thai?
A Penempatan tentera kedua-dua kuasa
akan ditarik balik
B Berjanji akan menghormati kedaulatan
negara Thai
C Thai terbahagi kepada dua pengaruh
kuasa Barat
D Perancis bersetuju membayar gantirugi
kepada Thai
Soalan 34 berdasarkan rajah
di bawah
|
|
|
A Mereka pernah bekerjasama dengan
Jepun
B Mereka pernah ditangkap dan dibuang
negeri
C Mereka menentang penjajah secara
revolusi
D Merupakan pemimpin yang berfahaman
sosialis
35 Perjanjian Versailles 1919 telah dianggap sebagai tidak adil terutamanya oleh negara yang kalah dalam Perang Dunia Pertama.
Mengapakah Jerman tidak berpuashati
dengan syarat-syarat yang terdapat dalam perjanjian tersebut?
I Terpaksa membayar pampasan yang
tinggi untuk membaiki kerosakan akibat perang
II Angkatan tentera darat dan laut
Jerman dikurangkan dan dihadkan
III Jerman dilarang menempatkan
tenteranya diwilayah Rhineland
IV Jerman terpaksa menyerahkan banyak
wilayahnya kepada Britain dan Perancis
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
36 Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, benua Eropah terbahagi kepada dua kawasan pengaruh iaitu pengaruh Amerika Syarikat dan pengaruh Rusia.
Bagaimanakah pembahagian kawasan
pengaruh tersebut berlaku?
A Berdasarkan fahaman politik dan
sosioekonomi negara berkenaan
B Berdasarkan keputusan pemimpin
negara berkenaan
C Berdasarkan persetujuan Liga Bangsa-Bangsa
Bersatu
D Berdasarkan kedudukan negara tersebut
dari segi geografi
37 Liga Bangsa diwujudkan kerana desakan Presiden Amerika Syarikat, Woodrow Wilson.
Apakah tujuan utama penubuhan
liga tersebut?
A Memberi bantuan makanan dan nasihat
kepada negara yang mengalami bencana
B Memberi bantuan ketenteraan kepada
negara yang diserang musuh
C Menjamin tiada pencerobohan dan
serangan ke atas negara lemah
D Menjamin perjanjian dalam Sidang
Perdamaian, Perang Dunia Pertama dipatuhi
38 Negara-negara Selatan perlu mempelbagaikan ekonomi dan membangunkan sektor perindustrian mereka supaya dapat bersaing dengan negara-negara maju.
Apakah halangan yang dihadapi oleh
Negara-negara Selatan untuk mencapai hasrat tersebut?
I Dasar cukai yang tidak seimbang
II Persaingan dari Negara-negara
Utara
III Sekatan ekonomi antarabangsa
IV Tiada kerjasama dikalangan pemimpin
Negara-negara Selatan
A I dan
II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV
Soalan 39 berdasarkan rajah di
bawah
Kesatuan Telekom Antarabangsa 1865 |
Kesatuan Pos Sedunia 1875 |
Pertubuhan Kajicuaca Antarabangsa 1878 |
Soalan 40 berdasarkan rajah di bawah
|
|
|
|
A Pertubuhan X berperanan dalam bidang
ekonomi manakala Y dalam bidang ketenteraan
B Pertubuhan X menumpukan perhatian
dalam bidang sosial manakala Y dalam bidang ketenteraan
C Pertubuhan X berperanan dalam
bidang ekonomi manakala Y dalam bidang sosial
D Pertubuhan X memainkan peranan
penting dalam bidang sosial manakala Y dalam bidang politik