MAKTAB RENDAH SAINS MARA
(PERCUBAAN SPM)

1249/2
Sejarah
Kertas 2
September
1996
2 jam
 
 

SULIT

Bahagian A
(Sejarah Malaysia)

Jawab mana-mana tiga soalan.
 

1 Kerajaan Dvaravati, Funan dan Angkor merupakan antara kerajaan agraria yang terkenal pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara.

(a) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kerajaan agraria.

          (10 markah)
(b) Jelaskan bentuk kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan agraria
          (10 markah)
(c) Apakah kepentingan Tonle Sap terhadap kerajaan Angkor?
           (5 markah)
 

2 (a) Dalam masyarakat Melayu lama, kuasa Sultan atau Raja dianggap mutlak.  Setelah ditabalkan, seseorang sultan atau raja dianggap berdaulat.

      (i) Apakah yang anda faham dengan daulat.
           Pada pendapat anda bagaimanakah raja-raja memperkukuhkan kedaulatan mereka?

          (12 markah)
      (ii) Sebagai seorang rakyat pada zaman tersebut perlakuan apakah yang harus anda amalkan dan jauhi
           untuk mengelakkan daripada kemurkaan sultan?
            (5 markah)
(b) Pada zaman keagungannya empayar Melaka meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera.

      Huraikan bagaimana bentuk hubungan diantara Melaka dengan negeri-negeri taklukan dan naungannya.

            (8 markah)
 

 3 Pada pertengahan kurun ke 19 ekonomi Tanah Melayu yang bercorak  tradisional telah berubah menjadi ekonomi kapitalisme.

(a) Apakah ciri-ciri utama yang terdapat dalam ekonomi kapitalisme?

            (9 markah)
(b) Jelaskan kesan ekonomi kapitalisme terhadap ekonomi tradisional.
            (9 markah)
(c) Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan British untuk mengatasi masalah perpindahan hak milik tanah orang Melayu dan peribumi ketangan orang  asing?
            (7 markah)
 

4 (a) Tingkat pemikiran Dato' Onn bin Jaafar dianggap terlalu kehadapan oleh orang-orang Melayu apabila beliau mengemukakan idea perpaduan kaum.

Huraikan tindakan yang diambil oleh Dato' Onn untuk mencapai matlamat tersebut dan sejauh manakah tercapainya matlamat perjuangan beliau?

          (16 markah)
(b) Perlembagaan negara kita boleh dipinda dari semasa ke semasa menurut keadaan dan keperluan masyarakat.
Jelaskan bagaimana cara-cara pindaan perlembagaan dibuat.
          (9 markah)
 

5. Dasar Ekonomi Baru yang menjadi asas bagi rancangan pembangunan negara untuk tempoh 20 tahun dilaksanakan melalui rancangan pembangunan lima tahun bermula daripada Rancangan Malaysia Kedua sehingga Rancangan Malaysia Kelima.

(a) Dasar Penswastaan, Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Pertanian Negara merupakan diantara dasar yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Keempat. Huraikan tujuan dan cara perlaksanaan ketiga-tiga dasar berkenaan.

        (20 markah)
(b) Apakah faedah yang dinikmati oleh  rakyat Malaysia hasil daripada perlaksanaan strategi pembangunan di dalam Dasar Ekonomi Baru?
            (5 markah)
 
 

 6 Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menganggotai dua buah pertubuhan antarabangsa yang penting iaitu Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

(a) Apakah yang anda fahami dengan Komanwel?
Jelaskan faedah-faedah yang diperolehi oleh Malaysia dengan menyertai Komanwel dan apakah sumbangan Malaysia kepada pertubuhan tersebut?

          (15 markah)
(c) Dengan memberikan contoh-contoh, huraikan sumbangan Malaysia kearah mewujudkan keamanan dan keadilan dunia sejagat melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
          (10 markah)
 
 
 

SULIT

Bahagian B
(Sejarah Peradaban Dunia)

Jawab satu soalan sahaja.
 

7 (a) Tamadun Rom ialah salah sebuah tamadun klasik yang  telah memberi sumbangan besar kepada peradaban dunia moden.

Jelaskan sumbangan tamadun Rom kepada dunia moden dalam bidang politik, seni bina dan undang-undang.

          (12 markah)
(b) Diantara sumbangan tamadun Yunani yang penting ialah mewariskan sistem demokrasi terhadap peradaban dunia moden.

  Huraikan corak sistem demokrasi yang diamalkan oleh tamadun Yunani?

            (5 markah)
(c) Athens dan Sparta merupakan dua buah negara kota di Yunani yang berkembang secara berasingan kerana kedua-duanya mengamalkan sistem sosial dan pemerintahan yang berbeza.

Huraikan perbezaan yang terdapat diantara  kedua-dua buah negara kota tersebut.

            (8 markah)
 

8 Penjelajahan yang dilakukan oleh orang Eropah ke atas masyarakat di luarnya, khususnya masyarakat di Asia telah memberi kesan jangka panjang yang mendalam kepada kedua-dua pihak.

(a) Jelaskan mengapa kuasa-kuasa Eropah berminat terhadap Asia?

          (10 markah)
(b) Bagaimanakah reaksi masyarakat tempatan di Asia Tenggara ke atas kehadiran kuasa-kuasa Eropah?
          (10 markah)
(c) Pada pendapat anda, apakah kesan penjelajahan kuasa Eropah ke atas negara-negara di Asia?
            (5 markah)
 
 
KERTAS SOALAN TAMAT