MAKTAB RENDAH SAINS MARA
(PERCUBAAN SPM)

1249/1
Sejarah
Kertas 1
September
1997
1 jam
 
 

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan.  Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan dengan kertas jawapan objektif anda.
 

1 Pada akhir tahun 3000 S.M. beberapa perubahan yang berlaku pada zaman Neolitik telah meluas sehingga ke Timur Tengah.

Apakah bukti yang menunjukkan perubahan ini telah sampai hingga ke Timur Tengah.

A Terdapatnya penggunaan sistem pengairan untuk pertanian.
B Terdapatnya kehidupan menetap di kawasan tersebut.
C Terdapatnya tanaman bijirin sebagai tanaman utama.
D Terdapatnya sistem pentadbiran yang teratur.
 

2 Raja-raja Mesir yang digelar Firaun mempunyai kuasa dan kebesaran yang tersendiri.

Apakah yang menjadi lambang kebesaran Firaun?

A Anggapan Firaun sebagai tuhan.
B Kuasa pentadbiran yang mutlak.
C Piramid sebagai tempat persemadiannya.
D Penguasaannya ke atas seluruh negara.
 

3 Hamba dalam masyarakat Sumeria berpeluang untuk membebaskan diri dari tuan mereka.

Apakah syarat yang perlu ada pada seorang hamba abdi untuk membolehkan mereka dibebaskan?

A Dapat membebaskan tuan mereka dari sebarang ancaman.
B Sentiasa patuh dan setia kepada tuan mereka.
C Dapat membayar wang menebus diri.
D Dapat menjadikan tuan mereka bertambah kaya.
 

4 Perkembangan kesenian dan kesusasteraan dalam tamadun awal dapat dilihat pada tulisan dan lukisan di kuil.

Apakah yang ditonjolkan oleh lukisan di dinding kuil ini?

A Catatan tentang kematian dan nasihat.
B Catatan tentang corak kehidupan sesuatu tamadun.
C Catatan tentang keperwiraan sesuatu tamadun.
D Catatan tentang keagungan dan kemegahan sesuatu tamadun.
 

5 Sebelum tahun 500 S.M. Rom telah di perintah oleh raja-raja Etruscan yang zalim dan tidak berkeperimanusiaan.

Apakah kesan utama pemerintahan Etruscan terhadap orang Rom?

A Orang Rom telah mewujudkan Dewan Senat.
B Orang Rom telah membentuk kerajaan demokrasi.
C Orang Rom membentuk kerajaan bercorak republik.
D Orang Rom memperkenalkan kerajaan dengan dua Konsul.
 

6 Semasa China diperintah oleh Dinasti Chin, ahli falsafah Han Fei Tsu telah memperkenalkan undang-undang yang ketat.

Antara berikut yang manakah saranan beliau terhadap undang-undang Dinasti Chin.

A Pemerintahan yang baik berteraskan perikemanusiaan.
B Pemerintahan melalui teladan boleh menjamin kesejahteraan rakyat.
C Pemerintahan berteraskan undang-undang  boleh mengawal tingkah laku.
D Pemerintahan berteraskan hubungan dua hala boleh memajukan rakyat.
 

7 "Cintai tuhan dengan sepenuh ragamu dan cintai jiranmu seperti kamu mencintai dirimu sendiri".

Apakah perkaitan petikan di atas dengan ajaran asas agama Kristian?

A Konsep ketuhanan yang mempunyai unsur moral.
B Kasih sayang dan belas kasihan diantara sesama makhluk.
C Keperimanusiaan dan hubungan baik sesama jiran.
D Mencintai jiran adalah seperti mencintai tuhan.
 

8 Setelah 13 tahun menyebarkan Islam di Mekah, Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut telah berpindah ke Yathrib.

Apakah sebab utama penghijrahan tersebut?

A Masyarakat Mekah enggan menerima Islam.
B Penentangan berterusan oleh orang musyrikin Quraisy.
C Termeterinya perjanjian Aqabah di antara orang Islam dan musyrikin.
D Keadaan Madinah lebih sesuai untuk penyebaran Islam.
 

 9 Hijrah bererti perpindahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah ke Madinah.  Kebanyakan orientalis Barat menganggap penghijrahan tersebut sebagai melarikan diri.

Antara berikut manakah merupakan alasan untuk menolak dakwaan tersebut.

I Penduduk Madinah sudah membuat perjanjian dengan Nabi Muhammad s.a.w.
II Nabi Muhammad s.a.w. mendapat jemputan dan persetujuan penduduk Madinah.
III Nabi Muhammad s.a.w. telah dilantik sebagai pemimpin di Madinah.
IV Penghijrahan dibuat untuk mendamaikan puak-puak yang bersengketa di Madinah.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
 

10 Khalifah Othman bin Affan merupakan khalifah yang terlalu lama memerintah.  Enam tahun pertama pemerintahannya berjalan baik, tetapi keadaan menjadi huru-hara diperingkat akhir.

Apakah punca utama berlakuNYa  pemberontakan dizaman pemerintahan beliau?

A Pemerintahannya yang mengutamakan keluarga.
B Masalah pembahagian tanah di Iraq.
C Kemunculan golongan Syiah dan Khawarij.
D Masalah perlantikan gabenor di Mesir.
 

11 Pemerintahan Islam di Madinah berasaskan lunas-lunas kemanusiaan dan keadilan berlandaskan kepada Piagam Madinah.

Apakah tujuan sebenar Piagam Madinah?

A Merialisasikan hak dan tanggung jawab pemerintah.
B Mewujudkan perpaduan di antara suku-suku kaum di Madinah.
C Melahirkan pemerintahan dan masyarakat adil, stabil dan maju.
D Mengembangkan ekonomi dan keadilan sosial kepada semua kaum madinah.
 

12 Pada bulan Jun tahun 632 Masihi bersamaan 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah, Nabi Muhammad s.a.w. wafat setelah selesai menunaikan tugasnya sebagai Rasul, pemimpin masyarakat dan negara.

Antara berikut manakah kejayaan-kejayaan yang paling besar baginda?

I Membentuk aqidah orang-orang Islam.
II Menyatupadukan umat Islam di Madinah.
III Menyebarkan Islam ke seluruh Tanah Arab dan Eropah
IV Mewujudkan satu masyarakat yang berilmu, insaf dan takwa.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
 

13 Kerajaan Turki Uthmaniyyah merupakan sebuah empayar yang terbesar dan memerintah lebih 600 tahun lamanya.
Mengapakah kerajaan ini dapat bertahan begitu lama?

I Perlantikan Khalifah dibuat secara musyawarah.
II Perwarisan ilmu pengetahuan dari kerajaan Abbasiyah.
III Mempunyai semangat jihad yang tinggi.
IV Kecekapan dan kebolehan tentera dalam peperangan.
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV
 

14 Abdul Malek bin Marwan dianggap sebagai pengasas kedua kerajaan Bani Umaiyyah.

Mengapakah beliau dianggap demikian?

A Kepintarannya berpolitik dan memerintah negara.
B Kejayaannya membina semula kerajaan Umaiyyah.
C Keadilan dan semangat Islam yang tinggi.
D Kejayaannya meluaskan empayar Islam ke Eropah.
 

15 Sistem Feudal merupakan satu cara hidup yang merangkumi aspek-aspek sosial, ekonomi dan politik.  Sistem ini menggambarkan kedudukan masyarakat yang bersusun lapis.

Punca utama kejayaan sistem feudal di atas ialah:

A kongkongan yang kuat dari lapisan atasan dengan vassalnya
B kesetiaan yang tidak berbelah bahagi di antara pemimpin dengan vassalnya.
C kedudukan raja yang mempunyai kuasa mutlak.
D kekuatan angkatan tentera yang dikuasai oleh bangsawan.
 

16 Eropah telah berada pada tahap Zaman Moden pada pertengahan abad ke 16.

Apakah ciri-ciri Zaman Moden tersebut?

I Keadilan politik yang stabil.
II Berlakunya perkembangan intelektual.
III Perpaduan orang Kristian amat kuat.
IV Penggunaan wang semakin berkembang.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
 

17 Menjelang pertengahan kurun ke 15, golongan Monarki Baru telah muncul di Eropah.

Bagaimanakah caranya golongan monarki baru mendapatkan kuasanya?

I Memberi ganjaran berbentuk tanah kepada golongan bangsawan.
II Memiliki pasukan tentera yang tetap dan bergaji.
III Memberi kuasa yang lebih kepada gereja.
IV Mengekalkan taraf golongan bangsawan.
A  I dan II
B II dan III
C II dan IV
D  I dan IV
 

18 Pada penghujung zaman pertengahan berlaku beberapa perubahan penting di Eropah.

Manakah di antara berikut merupakan perubahan-perubahan yang dimaksudkan?

I Bertambahnya golongan peniaga, pedagang, usahawan dan pemodal.
II Kegiatan perlombongan berkembang dengan pesat.
III Lebih banyak bekalan makanan dapat dihasilkan.
IV Jumlah penduduk bertambah dengan cepat.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
 

19 Perkembangan intelektual dikalangan masyarakat Eropah semakin meningkat sejak kurun ke 12.

Apakah sebab yang membawa kepada peningkatan tersebut?

A Pertambahan bilangan universiti di Eropah.
B Pertembungan budaya Eropah dengan peradaban Islam.
C Perubahan sistem politik dan kemunculan golongan Monarki Baru.
D Penyelidikan oleh ahli-ahli sains Eropah.

20 Penemuan yang paling utama pada zaman Renaissance ialah teknik percetakan.

Apakah kesan utama dari penemuan teknik percetakan ini?

I Kemunculan golongan kelas menengah yang berpendidikan.
II Golongan buta huruf dapat dihapuskan.
III Berkembangnya ilmu pengetahuan dengan meluas.
IV Penerbitan bahan bercetak dihasilkan dengan banyaknya.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
 

21 Mulai tahun 1637, Jepun mengamalkan dasar pemencilan terhadap semua kuasa Eropah.

Mengapakah Jepun bertindak demikian ?

A Untuk menghalang penyebaran agama Kristian.
B Bimbangkan budaya Barat akan merosakkan kebudayaan Jepun.
C Bimbangkan kebebasan negara mereka akan terancam.
D Berlakunya perubahan dasar pentadbiran di Jepun.
 

 22 Sebelum Revolusi Pertanian berlaku, para petani mengamalkan "Sistem Fallow".

Apakah yang dimaksudkan dengan sistem tersebut?

A Petani menanam tanaman yang berlainan jenis pada musim yang berbeza.
B Tanah pertanian dibiarkan kosong pada sesuatu musim.
C Petani mempelbagaikan jenis tanaman pada sesuatu musim.
D Sistem pemagaran tanah awam bagi kegunaan sendiri.
 

23 Pada tahun 1702, Thomas Newcomen telah berjaya mencipta enjin berkuasa wap yang digunakan secara meluas dilombong-lombong arang batu.

Apakah kesan ciptaan tersebut kepada perkembangan perusahaan di Britain.

A Boleh mengatasi masalah kekurangan buruh
B Mengatasi masalah rembesan atau takungan air dalam lombong arang batu.
C Meningkatkan pengeluaran arang batu di Britain.
D Lombong-lombong arang batu lebih banyak di buka.
 

24 Pedagang-pedagang Eropah tidak lagi berminat untuk membeli barang mewah seperti rempah-ratus, batu permata, emas dan gading yang dihasilkan oleh negara Asia dan Afrika. Mereka lebih memerlukan bahan-bahan mentah seperti bijih timah, tembakau, teh dan gula dengan banyaknya.

Mengapakah keadaan ini berlaku?

A Penemuan ciptaan baru yang menggunakan bahan-bahan mentah.
B Terciptanya kapal-kapal wap yang mempercepatkan sistem pengangkutan.
C Barang-barang mewah sukar diperolehi dan terlalu mahal.
D Perkembangan perusahaan perkilangan yang pesat di Eropah.
 

25 Eksport Britain telah meningkat sepuluh kali ganda antara tahun 1713 hingga 1772 dan hasil pengeluaran tekstil Britain di eksport besar-besaran ke India dan tempat-tempat lain.

Apakah faktor utama yang mendorong peningkatan tersebut?

A Penemuan rekaan baru seperti Flying Shuttle dan Spinning Jenny.
B Terdapat kilang-kilang kain yang menggunakan kuasa hidrolik di Britain.
C Perkembangan sistem pengangkutan seperti jalan raya dan rangkaian terusan air.
D Wujudnya perdagangan hamba abdi yang dibawa dari Afrika.
 

26 Thomas Jefferson merupakan Presiden Amerika yang banyak memberi sumbangan untuk perisytiharan kemerdekaan Amerika.

Antara berikut manakah kandungan perisytiharan tersebut?

I Hak yang sama dalam kehidupan, kebebasan dan mencari kebahagiaan.
II Rakyat berhak membentuk kerajaan baru sekiranya kerajaan yang ada tidak adil.
III Keunggulan keseluruhan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.
IV Hak memerintah hanya pada golongan yang berharta.
A I dan II
 B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
 

27 Idelogi sosialisme di Peranchis dan Eropah tidak mendapat sokongan golongan bawahan terutama golongan petani.

Mengapakah golongan petani menolak fahaman ini?

I Tidak lagi menganggap golongan menengah sebagai pembela nasib mereka.
II Para petani tidak mahu harta mereka di milik negarakan.
III Munculnya idelogi baru iaitu nasionalisme.
IV Mereka enggan membayar cukai yang dikenakan.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
 

28 Menjelang pertengahan abad ke 19, kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba datang ke timur.

Apakah punca yang mendorong kuasa tersebut datang ke Timur?

I Untuk muncul sebagai kuasa terkuat di Eropah.
II Pembukaan Terusan Suez dan penggunaan kapal wap.
III Mendapat bahan mentah yang tetap dan berterusan.
IV Untuk menyebarkan tamadun Barat.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
 

29 Terusan Suez telah dibina oleh jurutera Peranchis di Mesir pada tahun 1869.

Mengapakah British berhasrat untuk menguasai terusan tersebut?

A Bimbang dengan perkembangan pengaruh Peranchis di Afrika Utara.
B Sebilangan besar kapalnya melalui Terusan Suez untuk ke Timur Jauh.
C Memudahkan British menjalankan dasar imperialisme ke Timur Jauh.
D British bercita-cita untuk menjajah negara Mesir.
 

30 Menjelang abad ke 20, kegiatan ekonomi di Asia Tenggara telah berkembang dengan pesat.

 Apakah faktor utama yang membantu perkembangan tersebut?

A Permintaan yang tinggi terhadap barangan tempatan.
B Asia Tenggara adalah negara maritim yang terkenal.
C Keyakinan daripada pedagang-pedagang terhadap kestabilan politik.
D Tanahnya subur dan mempunyai sumber galian yang banyak.
 

31 Ekonomi Asia Tenggara berkembang pesat pada pertengahan abad ke 19 dan awal abad ke 20.  Namun begitu taraf hidup rakyat tempatan masih tidak berubah.

Antara berikut yang manakah menyebabkan fenomena ini berlaku?

I Dasar ekonomi yang dilaksanakan hanya menguntungkan penjajah
II Pembangunan yang dilaksanakan tidak menyeluruh
III Penjajah tidak mengambilkira kepentingan penduduk tempatan
IV Rakyat tidak berminat mengubah pekerjaan asal mereka
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

32 Gerakan nasionalisme di Asia Tenggara pada peringkat awal bersifat sederhana.

Mengapakah gerakan nasionalisme ini bersifat demikian?

I Gerakan ini dipimpin oleh golongan bukan berpelajaran Barat.
II Gerakan ini tidak menuntut kemerdekaan serta merta.
III Mereka bimbangkan tindakan keras oleh penjajah.
IV Memperjuangkan pembaharuan di bidang agama, budaya dan ekonomi.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
 

33 Terdapat banyak persamaan dalam pergerakan nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara.

Berikut manakah ciri-ciri persamaan antara nasionalisme yang terdapat di Burma dan Filipina?

I Mencapai kemerdekaan melalui peperangan.
II Semangat nasionalisme menjadi kuat di bawah pimpinan Parti Komunis.
III Agama memainkan peranan penting pada tahap awal nasionalisme.
IV Mencapai kemerdekaan sebelum 1950.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
 

 34 Amerika Syarikat dan sekutunya telah menubuhkan satu pakatan yang dinamakan NATO.

Apakah matlamat utama penubuhan pakatan tersebut?

A Meluaskan pengaruh Amerika Syarikat dan sekutunya ke seluruh Eropah.
B Mengimbangi kekuatan dan pengaruh Pakatan Warsaw di dunia.
C Menyekat merebaknya pengaruh komunis di Eropah.
D Menguatkan pertahanan Amerika Syarikat dan sekutunya dari ancaman musuh.
 

35 MAPHILINDO yang ditubuhkan di Manila pada tahun 1963 bertujuan untuk menyelesikan masalah politik bersama.

Mengapakah matlamat pertubuhan ini menemui kegagalan?

A Filipina menuntut haknya ke atas Sabah.
B Masalah ancaman keselamatan daripada Parti Komunis Malaya.
C Indonesia membantah penubuhan Malaysia.
D Terdapat perselisihan pendapat dikalangan negara anggota.
 

36 Persidangan Negara Islam (OIC) adalah satu-satunya pertubuhan antarabangsa yang penting berdasarkan agama.

Pada pendapat anda mengapakah pertubuhan ini penting kepada negara-negara Islam?

A Supaya negara Islam dihormati di mata dunia.
B Menjaga kepentingan negara-negara Islam.
C Untuk mengimbangi pengaruh Islam dan bukan Islam.
D Untuk memajukan ekonomi negara-negara Islam.
 

37 Konsep ZOPFAN telah dipersetujui dalam Deklarasi Kuala Lumpur 1970.

Antara berikut yang manakah merupakan matlamat ZOPFAN.

I Tidak mahu negara di Asia Tenggara terlibat dalam perang dingin.
II Mewujudkan kerjasama ekonomi dan ketenteraan di Asia Tenggara.
III Menyekat perkembangan pengaruh komunis di Asia Tenggara.
IV Menjadikan Asia Tenggara bebas daripada campurtangan kuasa luar.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
 

38 Persetiaan Versailles telah ditandatangani pada tahun 1919.

Antara berikut yang manakah kesan-kesan perjanjian tersebut ke atas negara Jerman dan Itali.

 I Kemelesetan ekonomi dan berlaku inflasi yang teruk.
II Berlaku pertukaran pucuk pimpinan.
III Merebaknya fahaman komunis.
IV Jerman dan Itali membentuk Kuasa-kuasa Tengah.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
 

39 Jepun telah melibatkan diri secara langsung dalam Perang Dunia Kedua di Asia.

Pada pendapat anda, apakah sebab utama Jepun terlibat sama?

A Jepun cuba menyaingi Barat sebagai kuasa terkuat.
B Jepun ingin menguasai kekayaan ekonomi Asia.
C Barat mahu menyingkirkan kuasa Jepun dari Asia.
D Barat cuba menyekat perkembangan kuasa Jepun.
 

40 Salah satu persetujuan yang di capai dalam persidangan CHOGM di Kuala Lumpur ialah pembentukan Tabung Ekuiti Komanwel.

Antara berikut yang manakah mungkin merupakan sebab penubuhan tabung tersebut?

I Komanwel masih gagal membantu anggotanya yang miskin.
II Komanwel belum mampu mempengaruhi pergerakan ekonomi dunia yang di kawal oleh negara maju.
III Supaya Komanwel boleh menyaingi negara maju dalam bidang ekonomi.
IV Supaya semua negara anggota boleh membangun dengan lebih pesat.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV