1249/2
Sejarah
Kertas
2
September
1997
2 jam
Jawab mana-mana tiga soalan.
1. Beberapa buah kerajaan agraria telah wujud di sekitar lembangan sungai utama di Asia Tenggara. Kerajaan ini telah menjalani kehidupan yang bertamadun dan mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
a. Huraikan bentuk kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat agraria dan sejauh manakah sumbangannya terhadap kemajuan kerajaan Angkor.
2. Gaya hidup golongan bangsawan diamalkan di istana raja oleh anak-anak raja dan di luar istana oleh golongan bangsawan, pembesar dan pentadbir. Gaya hidup golongan rakyat pula adalah kebudayaan yang terdapat di luar istana.
a. Huraikan gaya hidup golongan bangsawan dan pada pendapat anda, mengapakah sebahagian daripada gaya hidup tersebut masih diamalkan hingga sekarang?
3. Untuk memenuhi kepentingan ekonomi dan memperluaskan kuasanya, British telah melibatkan diri dalam hal ehwal tempatan sejak abad ke 18 lagi. Namun British mendakwa campurtangan mereka di Tanah Melayu hanya bermula pada tahun 1874.
a. Dengan memberikan contoh-contoh bagaimanakah anda menafikan dakwaan tersebut?
4. Perlembagaan negara kita perlu dipertahankan oleh setiap rakyat kerana ia merupakan satu dokumen yang mengandungi cita-cita rakyat yang inginkan sebuah negara dan bangsa yang berdaulat.
a. Nyatakan kepentingan perlembagaan kepada negara kita.
5. a. Menjelang kemerdekaan, negara telah mewarisi beberapa masalah politik, ekonomi dan sosial, disebabkan oleh dasar pentadbiran yang diamalkan oleh penjajah British.
i. Huraikan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam ekonomi Tanah Melayu pada masa itu.
Terangkan langkah-langkah yang diambil ke arah mencapai matlamat tersebut.
6. a. Malaysia bukanlah satu konsep yang baharu, kerana penggabungan di antara wilayah-wilayah British di Asia Tenggara telah lama difikirkan. Namun idea penggabungan ini telah ditimbulkan semula oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 di Singapura.
i. Apakah reaksi negara-negara jiran terhadap cadangan penubuhan Malaysia?
Huraikan peranan Malaysia dalam Komanwel dan apakah faedah yang diperolehi oleh Malaysia sebagai negara anggota badan tersebut?
Jawab satu
soalan sahaja.
7. Lahirnya Zaman Neolitik merupakan episod yang penting dalam kehidupan manusia kerana ia merupakan "garis pemisah" dalam proses penciptaan tamadun manusia.
a. Mengapakah Zaman Neolitik dianggap sebagai permulaan tamadun manusia?
8. Abad ke 19 merupakan zaman yang tidak dapat dilupakan oleh penduduk Asia Tenggara kerana ia menandakan tamatnya kekuasaan kerajaan peribumi kepada imperialis Barat.
a. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda mengapakah Asia Tenggara menjadi tumpuan dan rebutan imperialis Barat?