1249/2
Sejarah
Kertas
2
September
1998
2 jam
Jawab mana-mana tiga soalan.
1. Sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka, negeri-negeri Melayu telah pun membuat hubungan politik dan ekonomi dengan masyarakat luar.
a. Apakah yang anda faham tentang hubungan politik dan hubungan ekonomi?
2. Pendudukan kuasa Barat di Tanah Melayu bermula dengan penawanan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511. Kemudian Melaka dikuasai oleh Belanda pada tahun 1641 dan diikuti pula oleh British secara rasmi pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda.
a. Bagaimanakah pendudukan Portugis di Melaka telah menggugat kuasa politik dan ekonomi tempatan?
3. Sejak pertengahan abad ke 19 sehingga awal abad ke 20, pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu telah berkembang dengan pesat dan seterusnya mempengaruhi pertumbuhan bandar-bandar baharu.
a. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah pengusaha Cina lebih berjaya dalam perusahaan tersebut?
4. Perlembagaan negara kita Malaysia, merupakan sesuatu yang luhur dan perlu dipertahankan oleh setiap rakyat kerana ia merupakan satu dokumen yang mengandungi cita-cita rakyat yang inginkan sebuah negara dan bangsa yang berdaulat.
a. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, terangkan mengapa Perlembagaan Malaysia dianggap luhur?
5. Walaupun tumpuan utama kerajaan dalam dasar pembangunan ekonomi negara ialah bidang perindustrian tetapi pembangunan sektor pertanian tetap tidak dilupakan.
a. Bincangkan langkah-langkah yang di ambil oleh kerajaan ke arah mencapai matlamat pembangunan perindustrian negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-empat.
6. Dasar luar Malaysia pada awalnya adalah bercorak pro-barat dan anti-komunis. Walau bagaimanapun mulai tahun 1968 dasar tersebut diubah kepada dasar Berkecuali.
a. Mengapakah dasar luar Malaysia pada awalnya bersifat pro-Barat dan Anti- Komunis?
Jawab satu soalan sahaja.
7. Tamadun awal manusia dipercayai bermula pada Zaman Neolitik. Selepas itu ia terus berkembang dan meningkat kepada yang lebih tinggi dan kompleks seperti yang terdapat diYunani, Rom, India dan China.
a. Mengapakah zaman Neolitik dianggap sebagai permulaan tamadun manusia?
b. Apakah sumbangan penting tamadun Yunani dan Rom kepada kehidupan manusia sehingga kini?
c. Nyatakan perbezaan perlaksanaan sistem pemerintahan dan perundangan antara dinasti Chin dan Han di China.
8. Peristiwa Hijrah merupakan suatu peristiwa yang amat penting dalam sejarah Islam kerana melalui peristiwa itu, agama Islam dapat berkembang dengan pesatnya.
a. Nyatakan kepentingan Hijrah kepada sejarah peradaban manusia.
b. Bagaimanakah Piagam Madinah dapat menjamin keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di Madinah?